TENTANG NSAS





SIMPOSIUM HAL EHWAL MURID TAHUN 2020

Lumut National Student Affairs Symposium 2020 (Lumut NSAS’2020)


LATAR BELAKANG
Simposium ini dianjurkan sebagai satu platform untuk para guru dan warga pendidik membentangkan amalan terbaik sahsiah dan hasil penyelidikan sahsiah di sekolah, daerah, negeri atau lingkungan institusi pengajian tinggi.

Tumpuan perlu diberi kepada pembangunan sahsiah murid sejajar dengan tema simposium iaitu  "Intergrasi Kaunseling, Psikologi Dan Displin Ke Arah Kemenjadian Murid". Dalam mengejar kejayaan, guru perlu berlaku adil kepada semua anak didik dan tidak mengabaikan atau membezakan  pelajar yang gagal mengawal tingkah lakunya sama ada di sekolah atau diluar sekolah Guru perlu menilai anak-anak murid secara berbeza berbanding masyarakat di luar. Peranan guru membina modal insan cemerlang menyumbang kemajuan dan keamanan negara.

Menjadi tanggungjawab  guru untuk mengubah landskap dalam pendidikan ke arah pembangunan holistik dan sahsiah pelajar yang akan keluar ke alam kerjaya dan masyarakat.

MATLAMAT SIMPOSIUM
  • Meningkatkan pengetahuan pemimpin sekolah, guru bimbingan dan kaunseling, guru disiplin dan warga pendidik lain pengurusan hal ehwal murid yang berkesan dan inovasi dan kreatif menangani isu sahsiah di sekolah.
  • Menghimpun warga pendidik daerah Manjung khususnya dan warga pendidik seluruh Malaysia umumnya untuk bertukar-tukar fikiran dalam membentuk kemenjadian murid dengan sahsiah yang terpuji sebagai persediaan modal insan berkualiti pada masa hadapan

OBJEKTIF PELAKSANAAN PROGRAM 
  • Mengenal pasti kekuatan pengurusan sahsiah di sekolah-sekolah yang boleh menjadi model terbaik.
  • Menyelaras, menyeragamkan dan meningkatkan pengurusan pelaksanaan perkhidmatan hal ehwal murid termasuk disiplin dan kaunseling agar lebih menarik, kreatif dan berkesan di semua sekolah.
  • Mengenal pasti amalan terbaik program sahsiah murid sekolah-sekolah yang boleh dijadikan contoh dan disebar luas kepada sekolah-sekolah lain untuk dilaksanakan. 
  • Meningkatkan pengetahuan guru-guru, khususnya Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Disiplin dan Guru Bimbingan Kaunseling untuk pembangunan sahsiah diri murid, pengukuhan disiplin murid dan meningkatkan kehadiran murid di sekolah.
  • Menghargai dan memartabatkan idea dan inovasi warga pendidik dalam membina sahsiah cemerlang pelajar.  
  • Melahirkan modal insan yang berkualiti dan cemerlang bagi menerajui kemajuan negara pada masa hadapan.

TEMA
"Intergrasi Kaunseling, Psikologi Dan Displin Ke Arah Kemenjadian Murid"

TEMPAT

UniKL MIMET, Lumut

UCAPUTAMA

  • Prof. Madya Dr. Ahmad Jazimin bin Jusoh – Timbalan Pengarah Inovasi Pendidikan, Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi, UPSI.
  • Dato’ Dr. Abdul Halim Hussin – Presiden PERKAMA International
  • Dr.Md Noor Bin Hj. Saper - Timbalan Dekan HEPA Fakulti Pembangunan Manusia UPSI
  • Yg. Berbahagia Tan Sri Dato' Dr.Nordin Kardi- Naib Canselor USAS
  • En. Mohamad Akhir Bin Abdul Latif, PPT - Pegawai Pendidikan Daerah Manjung
SASARAN PESERTA
  • Pengetua dan Guru besar
  • Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)
  • Guru Disiplin
  • Guru Bimbingan dan Kaunseling
  • Warga Pendidik Institusi Awam dan Swasta
  • Pelajar Universiti
  • Pelajar Sekolah
  • Ibu bapa dan masyarakat awam
BAHASA SEMINAR
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris